pasal kawe la:

My photo
kawe biaso jah..supo skalo blako...

Tuesday, February 23, 2010

dunia aku,dunia kamu..same saje kot..

salam..apa khabar sume.. ari ni ari aper ye? rabu..hurmm, penat seyh ari rabu ni. ari ni aku bangu awal dari biase pukul 5.30 pagi lagi coz kene wat satu mende ni dipanggil projek juta. so xleh nak wat apa la. tido xcukup tambah kene marrah kat bos lagi dan ader janji nak g kuala lumpur dan kene exem pada ari esok. penat che mie semakin gile2 padahal jam baru pukul 4.08 ptg (waktu laptop). ari ni sebab penat aku (che mie) nak cite pasal kite2 la..huhuh
Pernah tak korang terfikir dunia yang kita nengok hari-hari ini, akan hilang tak lama lagi? Dan masa tu, kehidupan di alam lain pula. Tiada lagi kehidupan macam yang kita lalui hari ini. Dan bagi che mie, dalam kehidupan sekarang ni, boleh lah kita anggap diri kita sebagai pelakon yang mengikut skrip, Allah sebagai Producer & Director, Rasul sebagai Asst Director dan Malaikat sebagai krew disebalik tabir. Setiap perlakuan dirakamkan dan akan ditayangkan akhirat nanti. Dan audience’nya semua makhluk Allah tentunya.

Kehidupan ni apa sangatlah. Tak lama mana pun. Korang masih boleh ingat korang main baling selipar masa umur 6 tahun dulu. Dan sekarang mungkin usia korang dah 22 tahun. Maknanya dah 16 tahun berlalu. Kejap ke lama 16 tahun tu? Tak lama pun. Orang kata pejam celik pejam celik dah berbulu atas bawah. Lepas ni korang pejam celik pejam celik menempuh onak-duri kehidupan dengan Isteri dan anak-anak, korang pun meninggal dunia.

Konklusi kehidupan boleh’lah disamakan dengan gambaran berikut:



Masa korang kecik, korang teringin nak pergi sekolah. Bila dah masuk alam persekolahan, korang rasa bosan dengan sekolah dan struggle nak masuk Universiti. Bila masuk alam universiti, korang bosan dengan assignment dan dengan penuh keterpaksaan, korang struggle lagi untuk grad dengan jayanya dan tak sabar untuk masuk ke alam pekerjaan. Dan ketahuilah, alam pekerjaan adalah alam yang paling membosankan antara keseluruhan alam yang disebutkan tadi. Namun hidup harus diteruskan. Satu je lah yang best apa lagi kalau bukan alam perkahwinan dan percintaan? Hehehe



Jadi siapa kita hari ini pada pandangan orang, dan mampu atau tidak kita menilai diri sendiri, terpulang pada diri masing-masing. Orang kata bayi tu bagai kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan. Rasanya setiap ibu bapa di dunia ni nak corakkan dengan cantik dan penuh warna-warni. Tapi at last, kita sendiri yang letak hitam sebagai corak. Untuk yang tak tahu, hitam bukan warna ya? Begitu juga dengan putih.

So nak juga dikatakan di sini, siapa yang dah berbulu atas bawah tapi still bergantung harap dengan mak abah kat kampung untuk minum secawan kopi, korang adalah loser sejati. Itu saja point’nya. Tepuk dada tanya selera. Dan ketahuilah, bila berkata mengenai alam percintaan, lelaki baik adalah untuk wanita baik dan begitulah sebaliknya. Siapa diri kita hari ini maka cerminlah diri sendiri dan lihat bagaimana pasangan yang kita inginkan. Sometime, tak boleh nak diterima akal. Nak yang perfect, tapi diri sendiri penuh kekurangan. Keluar dating pun awek belanja minum hari-hari. Kadang-kadang takpe lah jugak (lemak la hari-hari nak pakwe bayar). Hehe.

so tu je la yang che mie nak hurai n dalam mase yang same kite bercerita la pasal kite2. dan kalau ada masa yang panjang kite jumpe lagi.. che mie tinggalkan cite kite2 ni dengan serangkap pantun yng diimport dari bangladesh:

DARI MANA NAK KEMANA,

DARI SANA NAK KEMARI,

APA KABAR ORANG DISANA,

SEMOGA SENANG DI DALAM HATI.

(balas la)

0 Comments:

Post a Comment



terik mark (TM)

terik mark (TM)